Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Khamis, 6 November 2008

Terima Kasih

Terima kasih cikgu..
Em..itulah ucapan anak murid selepas kelas. Comel jer dengar kadangkala mendayu-dayu dan meleret2. Ucapan terima kasih mudah utk disebut tapi kadangkala sukarnya utk melafazkan. Saya pernah ditegur oleh seorg sahabat
“susahnya nak dengar zatul ucap terima kasih”.. terkedu aku sebentar.
Aik..terfikir2 aku bila masa aku tak ucap terima kasih
“Yelah kita dah masak, tolong kemas rumah, tolong hantar awak. Tak der pun cakap terima kasih.”
“Oh..bende mcm tu pun kene cakap ker”.
“Yelah..itu maknanya awak menghargai saya”.

Itulah sahabat saya, Raihan yg sentiasa mengkritik saya. Pada mulanya memang susah untuk menerimanya. Biasanya saya akan membidas ingin mengetahui respond drpnya . Maka dia akan mengeluarkan hujahnya. Terima kasih Raihan,kerana bebelanmu dan kata2mu sentiasa terngiang2 di telingaku. Mungkin jika dia tidak menegur saya mungkin saya masih lagi dengan perangai lama saya...

Tapi,sukar ker nak ucap terima kasih. Memang sukar bagi yang tak biasa. Memang sukar lebih2 lagi org yg terapat dengan kita lebih2 lagi dengan ibu kita, anak2 kita, pasangan kita. Kita rasa alah tak payah lah nak terasa benda macam nie. Sempoi jer lah.. Tapi, tahukah kita betapa bahagianya hati org yg bilamana kita mengucapkan terima kasih kepada dia. Bilamana si suami mengucapkan terima kasih kepada isteri kerana menghidangkan makanan yg sedap, sejuk hati isteri. Hilang rasanya penatnya yg seharian tak habis2 menyiapkan kerja rumah tue.Hanya kerana terima kasih. Kalau tak caya, cubalah dan ucapkanlah pada org2 yg anda sayangi atau org di sekeliling anda... Pasti ada bezanya pada penerimanya.. So, kenapa tidak mulakan hari nie!!!

“Sayangilah org yang menyayangi diri kita”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan