Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Jumaat, 29 Mei 2009

Lelaki Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik Sahaja.

Artikel di bawah nie just nak share. Nie pun amik dalam http://www.syurgadidunia/ blogspot.com. Kupasan yang diberikan juga sangat menarik kerana beliau menggabungkan ilmu saintifik dan akhirat. Saya mengenali blog syurgadidunia ketika sibuk cari mencari resepi2 dlm web. Apa kene plak resepi dengan blog nie. Sebabnyer wife dia ader buka blog masakan. Semenjak daripada itu, saya adalah peminat setia blog tersebut...


"Dirimu enggang dan aku hanyalah pipit, manakan boleh kita bersama"Kebanyakan manusia sudah terlalu tenggelam dgn sifat dunia yg fizikal, kecantikan luaran menjadi titik tolak dalam memilih pasangan dan disebabkan oleh itulah manusia semakin lama semakin menghias diri. Yang menutup aurat pun seperti telanjang kerana siapa akan perasan pinggangku yg ramping dan dadaku yg montok jika aku memakai pakaian yg longgar, lelaki juga tidak ketinggalan tetapi dgn lebih kepada duit, pangkat dan harta.Melalui tv dan filem manusia teruja dgn kecantikan fizikal, kebanyakan hero dan heroin semuanya hensem dan cantik2 belaka jadi disebabkan kesan hipnosis tv, manusia semakin lama semakin memandang kecantikan luaran.


Budaya melayu sendiri menitik beratkan kecantikan fizikal pasangan, sebab itu pengantin dikatakan "bak pinang dibelah dua". Tetapi realitinya ada pasangan yg tidak sepadan rupa parasnya, adakah ukuran fizikal menjadi syarat untuk menjadi pasangan yg sesuai dan hidup bahagia? Walaupun mungkin ramai yg berkata "aku tidak memilih rupa dan harta", akan tetapi pada hakikatnya itu selalunya menjadi pilihan utama. Badan kita terbina dari berpuluh trillion sel, sel2 ini pula terbina dari molekul2, jika dikecilkan lagi akan sampai ketahap atom, apa yg tinggal selepas atom itu pula hanyalah tenaga. Tenaga yg dimiliki oleh badan anda itu pula mempunyai gelombang frekuensi tertentu yg tidak boleh dilihat oleh manusia tetapi boleh dirasai. Setiap apa yg kita fikirkan, setiap emosi yg kita rasakan, setiap perasaan baik atau buruk, kelakuan dan tingkah laku positif atau negatif yg akan mencorak gelombang2 tertentu dari diri kita ini. Dan jenis dan sekuat mana gelombang frekuensi yg kita pancarkan itu akan menjadi sebagai "label" diri kita untuk bertemu dgn pasangan yg serasi.Sebab itu ada kalanya bila kita bertemu dgn seseorang yg tidak dikenali, walau pertama kali jumpa kita sudah boleh berbicara dgn selesa kerana kita berada didlm frekuensi yg sama, seolah2 sudah lama kenal, "aku ngam la dgn dia". "Ngam" itu disebabkan oleh gelombang yg kita pancarkan dari diri kita ini serasi dgn sahabat yg baru dikenali tadi. Jadi didlm bab memilih pasangan juga akan mengikut gelombang apa yg kita sendiri pancarkan, yg mana tanpa kita sedari.Kewujudan frekuensi ini sudah terbukti dibidang sains, contohnya





yang mana gelombang frekuensi otak diukur dgn meletakkan alat pengesan dikulit kepala. Satu lagi teknologi mengesan frekuensi ini adalah





yg mengukur gelombang magnetik yg terhasil oleh otak. Dari otak anda juga isyarat tersebut akan disampaikan kesegenap tubuh anda baik dari sistem saraf mahupun endokrin anda (kimia emosi). Bagi manusia kebanyakan, pengetahuan mengenai wujudnya gelombang fikiran ini amat terhad dan tidak dihebahkan dgn meluas, mungkin kerana tidak dapat dilihat kaitannya dgn kehidupan, akan tetapi salah satu misteri alam yg diketahui melalui quantum fizik menyatakan yg kita semua berkait (entanglement) dgn satu ruang tenaga (energy field) yg tidak boleh dilihat.


Bagaimana kita berinteraksi dgn ruang tenaga ini adalah dgn gelombang yg terhasil dari diri kita ini.Berdasarkan rajah diatas, katakanlah anda sedang mencari pasangan dan anda memilih ciri2 fizikal iaitu rupa, pangkat dan harta sebagai syarat utama, katakanlah anda mempunyai gelombang X (1), anda bertemu dgn insan Y yg mempunyai frekuensi yg sama, apabila anda bertemu (2), gelombang yg terhasil menjadi semakin kuat (3). Sebab itulah pasangan yg bercinta ingin sering bertemu, ketika inilah amat terasa hebatnya percintaan dan semuanya indah2 belaka, apa yg buruk pada pasangan pada ketika itu tidak kelihatan kerana frekuensi untuk rupa dan harta menjadi lebih dominan.

Bagaimana pula jika anda bertemu dgn insan yg memilih ciri yg zahir iaitu keimanan dan ketakwaan dan anda tidak? Gelombang A & B apabila bertemu ianya menidakkan antara satu sama lain (3), tidak memberi makna. Sebab itu ada ketikanya anda bertemu dgn insan yg menarik fizikalnya tetapi anda tidak berkenan dihati. Bagaimana pula jika anda bertemu dgn insan yg beriman dan anda tidak berkenan? Mungkinkah keimanan anda tidak sama dgn dirinya?Didalam AL Quran Surah An Nur, Allah berfirman bahawa lelaki yg baik untuk wanita yg baik sahaja adakah ia bermaksud baik dgn tingkah laku yg boleh dinampak sahaja? Contohnya bila berhadapan dgn seseorang yg kita ingin menjadikan pasangan, selalunya kita akan berkelakuan baik dan sopan, sedangkan perangai kita sebenarnya tidak (berpura2). Jika kita memilih paras sebagai ukuran, pasangan yg meminati kita juga akan mempunyai pemikiran yg sama. Sebab itu kebanyakan pasangan begini berakhir dgn perceraian kerana bila sudah kahwin dan kecantikan menjadi sudah serasi, baru sedar yg sifat dan sikap tidak serasi.Rupa paras, pangkat dan harta adalah ciri2 fizikal yg apabila kita sudah lali dgnnya maka ia tidaklah lagi sesuatu yg dapat dirasai lagi.


Umpama pertama kali anda memandu kereta baru, terasa canggihnya berbanding kereta lama, lama kelamaan sudah menjadi benda yg biasa. Begitu juga apabila mencari pasangan, kegembiraan yg dirasai diawal perkahwinan (memilih rupa dan harta) lama kelamaan akan luntur dan yg sifat2 yg buruk makin lama akan menyerlah. Sebab itu tahun awal2 perkahwinan dikatakan zaman toleransi, cuba bertolak ansur dan cuba saling memahami. Akan tetapi dizaman yg penuh keegoaan yg mana banyak ilmu rumah tangga dipelajari dari media TV dan filem, lancangnya mulut menjatuhkan talak atau menuntut cerai bukanlah perkara yg asing lagi.Perceraian adalah sesuatu yg dibenci oleh Nabi, kerana apa? Kerana anak2 yg akan menjadi mangsa. Anak2 yg membesar dgn keadaan terbiar dan kurang perhatian tidak akan membesar menjadi insan yg hebat, mungkin tidak semua akan tetapi majoritinya golongan anak beribu bapa tunggal inilah yg akan selalu mempunyai jiwa dan kehidupan yg tidak bahagia apabila dewasa. Jadi disebabkan pentingkan diri sendiri dan ego baik lelaki dan wanita, anak2 yg menjadi mangsa. Anak2 ini yg menjadi generasi masa depan dan mereka juga akan cenderung kearah yg sama, kahwin dan cerai. Makin lama rosaklah generasi manusia itu sendiri.


Didalam hadis Nabi berpesan, pilihlah pasangan dari segi rupa, pangkat, harta dan agama, akan tetapi pilihlah agama dan kamu tidak akan rugi (Sahih Bukhari). Rupa, pangkat dan harta adalah ciri2 fizikal duniawi yg boleh dilihat dan dinikmati akan tetapi keimanan adalah sesuatu yg terlindung. Kita boleh nampak sidia itu kelihatan baik tetapi bagaimana pula dgn isi hatinya? Tanamkan niat memilih agama sebagai pilihan utama dan berbahagialah dunia dan akhirat.Kita akan tertarik dgn insan yg mempunyai frekuensi gelombang yg sama dgn diri kita sendiri. Minda sedar mungkin berkata yg saya inginkan pasangan yg baik, jujur, berakhlak mulia dan sebagainya tetapi besar kemungkinan minda separuh sedar kita inginkan rupa, harta dan pangkat. Ini ditanam secara halusnya kedalam minda separuh sedar ketika manusia berada didlm keadaan ter"pukau" (hypnogogic trance) semasa menonton TV dan filem. Seseorang itu boleh berkata "aku tidak memilih rupa dan harta" akan tetapi minda separuh sedar besar kemungkinan tidak. Jika minda separuh sedar berpuluh2 ribu kali lebih hebat dari minda sedar, adakah pasti pilihan kita itu dari minda sedar yg inginkan agama berbanding rupa dan harta?


Ada pasangan artis yg terkenal apabila ditanya wartawan, adakah rupa dan harta menjadi penentu, selalunya dinafikan, akan tetapi jika kedua2 mereka tidak berada didlm frekuensi gelombang yg sama, mereka tidak akan bersama. Yg sedihnya pasangan yg menjadi ramai peminat itu bercerai akhirnya, satu contoh yg tidah baik untuk peminat2 semua.Semak diri sendiri gelombang frekuensi apa yg kita miliki? Layakkah kita bersama insan yg baik dan jujur jika kita sendiri tidak? Sebelum menyenaraikan ciri2 pasangan yg ingin dimiliki, senaraikan juga sifat2 diri sendiri, berusaha mengubahnya agar menyamai ciri2 pasangan yg di inginkan dan ini lebih memberi jaminan untuk kekal bahagia. Jika perkahwinan sekarang sedang goyah, ingat kembali atas dasar apa perkahwinan dahulu? Kita boleh berbohong dgn manusia lain dan berlakon berlagak baik lain tetapi tidak pada diri sendiri. Adakah insan yg kita cintai dahulu sudah berubah atau rupa, pangkat dan harta yg anda pilih dahulu sudah menjadi biasa lantas keburukan yg menyerlah?Rupa paras, pangkat dan harta belum tentu menjamin kebahagiaan, hanya keimanan dan amal perbuatan yg baik sahaja yg akan berkekalan. Umpama dosa dan pahala yg tidak boleh dilihat, gelombang tenaga baik atau buruk yg dimiliki itu tidak boleh ditutupi dgn kepura-puraan. Inilah janji Allah bahawa lelaki yg baik itu hanya untuk wanita yg baik sahaja (dan sebaliknya), akan tetapi bukan baik dari satu sudut sahaja tetapi baik secara keseluruhan, dari gelombang tenaga yg dimiliki. Ikutlah pesanan Nabi agar memilih agama agar anda menjadi golongan yg beruntung, tetapi ini tidak bermakna pasanganku mesti insan yg solat lima kali sehari tetapi aku tidak.

Isnin, 18 Mei 2009

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN....


Pagi nie..balik jer kejer terus mengadap intenet..huwah..tangan dah gatal sebab lama x surf dan sambil melakukan sedikit tugasan..Hehe..tugasan apa lah tue...Tak delah, sejak involve dengan bisnes kecil-kecilan nie nak kener lah update info2.. Seperti biasa saya memang akan hidupkan YM..Lepas tu pagi tadi ader member masuk dan kami chat panjang jgk..

Sedikit muhasabah yang dah lama saya x dengar daripada sahabat2 saya..Dia menyatakan sedikit kekecewaannya terhahdap rakan2nye..Dia mengatakan susah ingin mencari kawan masa susah. Yang akan appreciate atau ingat pertolongan yang pernah di beri..Katanya manusia mmg mudah lupa bila SENANG. Waktu susah, kawan yang lama itu sanggup meneman membantu..Bersama memberikan semangat agar boleh maju.. Membantu dari sudut wang dan juga masa...Katanya bukan nak sangat dihormati tapi hargailah dia..Waktu susah ingat, waktu senang lebih2 lagi..Tapi bila senang, lupa dah kawan lama..Sebabnyer, dah seronok dengan kawan baru yang kononnya dapat membantu kita. Tapi kita tak tau sebenarnya kawan baru itu hadir masa kita senang berada. Waktu 'mempunyai segalanya'....

Ayatnya sangat bersahaja namun sangat membuatkan hati saya sebak...Subhanallah, Engkau Pemilik Kekuasaan Itu.. Saya megingatkan kembali apakah hikmah di atas perbualan ini. Adakah ia juga adalah teguranmu Ya ALLAH melalui insan lain... Adakah aku telah melakukan sesuatu di luar batasanmu..Kepala saya ligat mengingatkan kisah lama..Ye..seolah ada sesuatu kehilangan dalam hidup saya..Hanya Engkau yg lebih mengerti bagi segalanya...Syukran Ya Allah....

BAHANA....

Dah lama tak update blog..Huhu..4 bulan lama nyer.. Actually, nak share 1 story dlm berita harian online.. Bila baca artikel ni, hati bagai tak tenang rasanyer.. Melihat keadaan dunia sekarang yang terlalu kucar-kacir.. Semoga diberi kekuatan dan keimanan untuk menghadapinya...

Bahana nafsu

SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah. Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah. Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.


Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan konteks ini ia memang normal, bahkan soal bertukar pasangan bukan masalah besar. Bagaimanapun, dalam lingkungan penghidupan manusia normal, apatah lagi umat Islam yang tergolong dalam kategori berpelajaran dan pendidikan tinggi, ia sepatutnya tidak berlaku. Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day). Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing.


Penghuni Kem Bina Insan Kewaja mengikuti sesi agama dan kaunseling.
Soal hukum agama diketepikan sama sekali, soal baik buruknya perbuatan mereka yang bergelar pelajar universiti juga dibuang ke dalam tong sampah. Paling penting, naluri hati dan nafsu mesti dipenuhi. Kenyataan ini bukan omongan kosong. Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung. Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof, 45, yang kini sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun yang mana mereka sebenarnya dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari keseronokan seks. Kewaja yang ditubuhkan atas inisiatif Yahya bersama isterinya, kini dikhaskan untuk membantu dan menguruskan gadis mengandung anak luar nikah, bertujuan membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan pada masa sama mengelak meningkatnya kes membuang bayi.Pesta hiburan dan sambutan Hari Kekasih banyak menyumbang kepada perlakuan seks bebas.

“Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT. Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu. “Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria. “Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya. Ketika ini pusat itu menguruskan 55 peserta wanita yang sedang menunggu masa kelahiran bayi mereka mengikut tempoh berbeza. Puratanya, dianggarkan antara 15 hingga 20 orang akan keluar masuk pusat itu setiap bulan. Logiknya, itu hanya statistik daripada sebuah pusat sukarela, belum dikira pusat lain, kes mendiamkan diri atau yang nekad menggugurkan anak semata-mata mahu mengelak menanggung aib diri dan keluarga. Berdasarkan kaji selidik dan pengalaman Yahya menguruskan pusat itu sejak 21 tahun lalu, ada antara peserta yang beranggapan pertemuan romantik pasangan kekasih sempena Hari Kekasih atau cuti umum sebagai simbolik upacara ‘pecah dara’. Berlainan bagi Yahya yang tetap menganggap semua gadis di bawah jagaannya sebagai mangsa rogol walaupun ada yang mengadakan seks atas dasar suka sama suka. “Seks mestilah melalui proses yang betul, mesti ada peraturan. Tiada wanita yang merancang membuatkan diri dilanda musibah, ini semua disebabkan tipu daya lelaki. Tiada yang teringin nak mengandung anak luar nikah. “Saya anggap semua kes di sini sebagai kes rogol disebabkan mereka jadi pemuas nafsu lelaki. Apa yang boleh disimpulkan ialah bencana maksiat iaitu semua jenis maksiat di negara kita semakin teruk, perlu ada sikap menegur dan mencegah,” katanya.

Gadis serah tubuh selepas terjerat umpan cintaBAGI sesetengah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), ada yang sanggup memendekkan cuti semester dua bulan di kampung bersama keluarga semata-mata mahu menghabiskan masa bersama teman lelaki di kampus di penghujung musim cuti. Tempoh masa cuti semester itu juga dianggap masa paling sesuai untuk berpacaran dan lebih teruk ia adalah masa ‘tepat’ untuk mengawan kerana mereka baru saja selesai melepaskan beban menduduki peperiksaan dan semester baru belum bermula. Mengakui hakikat itu, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, menjelaskan apabila dalam keadaan berdua-duaan, ia akan mengaktifkan naluri ghairah manusia. “Itu sebenarnya memberi ruang dan peluang. Waktu mengawan ini juga bermusim, sama seperti jenayah lain, ada kesinambungan tetapi kesannya akan sentiasa diingati. Ia berlaku pada masa tertentu, musim balik bercuti semester, waktu perayaan, misalnya sambutan tahun baru dan Hari Kekasih. “Jika dibincangkan dalam aspek IPT, sesetengah universiti ketika ini adalah musim peperiksaan dan cuti akan bermula Mei hingga Julai ini. Tetapi peliknya, ramai yang akan datang awal, itulah masa nak memadu kasih, jumpa kekasih,” katanya. Selain aspek hubungan pasangan kekasih, Dr Mariani juga menegaskan ada antara pelajar yang sebenarnya terhutang budi dengan ‘pelabur’ terdiri daripada individu yang sudah bekerja, bahkan berumahtangga yang banyak membantu mereka mengatasi masalah kewangan kritikal. Mereka berkawan rapat, diberi sokongan kebendaan, komputer riba dan wang ringgit menyebabkan mereka mudah merelakan apa saja kehendak teman lelaki mereka. “Apabila ada individu yang boleh memudahkan kehidupan, keperluan mereka akan mudah terjerumus ke arah perbuatan moral tidak sihat. Bagaimana seseorang berpendidikan tinggi tidak boleh menilai bahawa seseorang yang memberikan kemewahan sebenarnya mengharapkan ganjaran. “Berdasarkan pengalaman dalam mengendalikan kes begini, kebanyakan mereka hanya sedar apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya, terlanjur atau mengandung. Ini belum dikira kategori bersekedudukan... sudah macam suami isteri,” katanya. Apabila keadaan bertambah genting, pasti mereka akan mencari jalan penyelesaian, jika bernasib baik, mereka akan ditunjukkan jalan yang betul, mendapatkan nasihat tetapi jika tersalah tempat sudah pasti akan ada yang mengesyorkan supaya menggugurkan kandungan. “Mendapatkan pertolongan keluarga adalah perkara paling berat dan sukar kerana sudah pasti akan dimarahi. Caranya ialah mereka mendapatkan pandangan rakan rapat, tetapi kami nasihatkan supaya teruskan kandungan, pergi ke saluran tertentu, kaunselor atau badan bukan kerajaan (NGO).

“Mereka sudah buat salah, jangan buat kesalahan kedua membuang atau membunuh bayi dalam kandungan. Masih ada ruang untuk perbaiki dan pulihkan akhlak. Namun, tegasnya dalam mengendalikan masalah ini, masyarakat perlu mengubah stigma negatif yang memandang serong mengandung anak luar nikah kerana ada kes teraniaya, misalnya dirogol ketika dalam keadaan khayal. Kes pelajar mengandung sebelum kahwin Kes pertama: SARA (nama samaran), kini berusia 21 tahun. Ketika rakan sekelasnya sedang berjuang menghabiskan masa belajar di dewan kuliah, beliau kini menunggu masa saat kelahiran bayinya yang dijangka penghujung Mei ini. Kejadian yang berlaku bukan keinginannya, tetapi akibat ledakan nafsu yang gagal dikawal, beliau menanggung sengsara mengandung anak luar nikah. Teman lelakinya menuntut di IPT sama meneruskan pengajian, meneruskan lakonan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Biarpun bergelar pelajar universiti yang sepatutnya berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu, ia bukannya tembok kebal yang kukuh menahan nafsu serakah, segala-galanya bermula ketika musim cuti semester pada 2008, ketika usia Sara baru mencecah 20 tahun. Sara dan temannya lelakinya sudah lama berkenalan sejak di bangku sekolah di selatan Semenanjung. Boleh dikatakan, sama-sama masuk universiti dan berulang alik ke kampung setiap kali cuti kerana haluan mereka juga sama. Detik malang hidupnya bermula pada September lalu ketika beliau bersama teman lelakinya tiba di ibu negara menaiki bas untuk pulang ke kampus. Ketika itu Ramadan, bulan mulia bagi umat Islam mengerjakan puasa. Hendak dijadikan alasan atau itu memang perancangan, mereka tiba lewat malam di ibu negara. Anehnya, ketika jam 11 malam, mereka mendakwa kebuntuan bagaimana mahu pulang ke kampus, lantas menyewa hotel murah sekadar untuk bermalam sementara menunggu siang untuk pulang. Meskipun bas atau komuter, transit aliran ringan (LRT) sudah tamat perkhidmatannya, ibu kota sebenarnya tidak pernah sunyi untuk mendapatkan khidmat teksi, ke mana saja destinasi. Apabila berdua di dalam bilik hotel, sudah tentu ada pihak ketiga. Meskipun Sara dan pasangannya penuntut kursus agama, ternyata bekalan ilmu agama mereka masih kurang sekali gus hanyut atas desakan syaitan. “Ini bukan soal ganjaran, soal hadiah atau suka sama suka. Kami hanya lakukan sekali saja. Terus melekat dan saya hanya sedar mengandung apabila masuk bulan kelima. Perut saya kecil, sebab itu tidak ketara. “Walaupun agak pelik kerana sudah beberapa bulan tidak datang haid, saya anggap perkara biasa hingga masuk bulan kelima. “Kami berusaha mencari jalan termasuk melalui internet. Akhirnya kami menemui pusat Kewaja dan datang ke sini. Saya akan serahkan anak ini kepada keluarga angkat dan teruskan pengajian selepas ini,” katanya dengan air mata bergenang. Sehingga kini, ibu bapanya masih belum tahu bahawa anak kesayangan mereka sebenarnya bercuti daripada pengajian kerana menunggu masa menyambut kelahiran anak yang tidak dirancang.

Kes kedua. INA (nama samaran) juga mempunyai masalah dan jalan cerita hampir sama dengan Sara. Semuanya berlaku ketika cuti semester. Gadis Pantai Timur ini juga bermalam bersama kekasihnya gara-gara kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang bercuti ke kampung halaman di negeri berjiran. Ketika itu, usianya baru 18 tahun dan kini pelajar sebuah institut pendidikan itu bakal bergelar ibu ketika usianya memasuki 19 tahun. Beliau mendakwa dipaksa teman lelakinya mengadakan seks. Sebaik saja mereka mendapati tiket bas ekspres habis, teman lelaki Ina membawanya bermalam di rumah nenek dan di situlah bermula detik hitam dalam hidupnya. “Kami hanya lakukan hubungan seks sekali saja dan saya teruskan pengajian seperti biasa. Teman lelaki tidak bekerja dan sebenarnya kami baru beberapa bulan berkenalan. Saya hanya sedar mengandung selepas tiga bulan. “Memang keluarga mengamuk dan ibu saudara yang menghantar saya ke sini. Mereka bimbang masa depan saya dan anak,” katanya. Ditanya kenapa tidak membuat laporan polis jika dirogol, Ina terdiam dan jelasnya, bapa anak itu adalah teman lelakinya.