Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Rabu, 29 Oktober 2008

DI DALAM KESULITAN ADA KEBAHAGIAAN

Hati akan terasa sakit bilamana apa yang kita inginkan tidak tercapai. Pada ketika itu mulalah menuding jari pada orang sekeliling kita bahawa dialah penyebab kepada kegagalan kita. Astaghfirullah, mari kita cuba muhasabah diri dan lihatlah diri dahulu sebelum melihat orang lain. Jari yang menuding hanyalah satu tapi jari yang menghala kita ada ada berapa banyak.Kira sendirilah yek...Itulah betapa lengkapnya ciptaan Allah tiada cacat celanya..

Kadangkala hati yang tengah marah,kecewa dan putus asa menyebabkan kadangkala kita tak dapat berfikiran dengan waras. Kerana dikala itu, syaitan menyimbah hati kita dengan pelbagai racun supaya bertambah maraknya perasaan kita. Mari kita fikirkan sejenak. Sahabat saya pernah berkata setiap yang berlaku tidak ada yang kebetulan kerana semuanya adalah berada dalam perancanganNya. Adalah menjadi sesuatu yang amat kita sukai bilamana segala hasrat kita tercapai. Rasa hati berbunga-bunga bila dapat apa yang kita nak. Mau saja dikongsi kepada semua org. Tetapi bilama kita tidak mendapat apa yang kita inginkan kenapa harus bersedih hati. Tidak salah untuk rasa kecewa tapi bangkitlah!..Mungkin ia tidak kita perolehnya sekarang tetapi boleh jadi ia akan menjadi milik kita suatu hari nanti. Bersabarlah. Tiada salahnya untuk bersabar seketika. Boleh jadi sekiranya kita memperolehnya sekarang akan menjadikan kita lupa diri atau sebaliknya..Ingatlah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..Kita sebagai hambanya harus berusaha dan jangan lupa juga meminta kepadaNya. Mintalah kepadaNya apa yang terbaik buat diri kita. Adakah sekiranya perkara ini adalah terbaik buat diri kita yang akan menjadikan dekatnya kita kepadaNya mudahkanlah tetapi sekiranya ia akan memberikan mudarat kepda kita dan agama kita hindarkanlah dan berikan yang lain dan terbaik mengikut kesesuaian dan kemampuan dengan kita. Ingatlah,Allah akan memberi ujian kepada siapa yang layak untuk menerimaNya dan mampu menempuhnya. Dia tidak pernah menzalimi diri hambaNya tapi sebenarnya kitalah yang selalu menzalimi diri kita. Keinginan kita yang terhalang hanyalah sedikit berbanding dengan nikmat yang telah dilimpahkanNya kepada kita.

Allah penuh dengan sifat kasih sayang. Kadangkala kita yang tidak pernah merasa Dia dalam diri kita. Muhasabah diri kita..kadangkala musibah itu adalah teguran sayang daripada Allah. Kerana dia ingin mengembalikan diri kita kepadaNya. Dia ingin membentuk diri kita agar kita dapat melayari kehidupan dengan acuanNya. Bukalah mata kita bukan dengan melihat sahaja tapi merasanya di dalam hati.Mintalah kekuatan kepadanya agar kita bisa menempuhinya.Bilamana kita boleh bertahan dan melepasi setiap ujianNya barulah kita mengetahui betapa manisnya pengalaman yang lalu walaupun susahnya hanya kita saja yg tahu. Sebenarnya apa yang kita hadapi sekarang ini adalah untuk kita membawanya pada destinasi kehidupan kita seterusnya. Janganlah melihat pada apa yang musibah yang menimpa tapi lihatlah apa hikmah di dalam kesulitan kita..

Sekiranya kita sentiasa menghadapi perkara yang sama sahaja,maksudnya kita harus berubah. Berhenti daripada berfikir yang buruk.Aturlah langkah dengan meminta bimbingan daripadaNya agar kita kita tidak tersilap lagi. Tidak salah untuk belajar daripada kesilapan. Kerana disitulah terdapat pelbagai jawapan. Dan janganlah berhenti untuk meminta semoga Allah akan pertemukan kita dengan jalan bagi penyelesaian masalah dan dapat mengurai segala kekusutan kita. Kita akan memperoleh apa yang kita hajati Cuma cepat atau lambat sahaja dan Dia lebih mengetahui segala yang terbaik buat hambaNya.

“ PENGALAMAN LALU MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN YANG PENUH BERMAKNA YANG AKAN MEMATANGKAN KITA DALAM MENEMPUH KEHIDUPAN YANG BELUM PASTI PADA MASA AKAN DATANG”.

Selasa, 28 Oktober 2008

Ketika Cinta Terurai Menjadi Perbuatan

Kulitnya hitam. Wajahnya jelek. Usianya tua. Waktu pertama kali masuk ke rumah wanita itu, hampir saja dia percaya kalau dia berada di rumah hantu.
Lelaki kaya dan tampan itu sejenak ragu kembali. Sanggupkah dia meneruskan keputusannya? Tapi dia segera kembali pada tekadnya. Dia sudah memutuskan untuk menikahi dan mencintai perempuan itu. Apapun resikonya.

Suatu hari perempuan itu berkata padanya, “Ini emas²ku yang sudah lama kutabung, pakailah ini untuk mencari wanita idamanmu, aku hanya mengharapkan status bahawa aku pernah menikah dan menjadi seorang isteri.”
Tetapi lelaki itu menjawab, “Aku sudah memutuskan untuk mencintaimu. Aku takkan menikah lagi.”

Semua orang merasa hairan kerana keluarga itu tetap utuh sepanjang hidup mereka. Bahkan mereka dikurniakan anak² dengan kecantikan dan ketampanan yang luar biasa.
Ber-tahun² kemudian ada yang bertanya rahsia keutuhan dan kebahagiaan keluarga ini padanya. Lelaki itu menjawab mudah, “Aku memutuskan untuk mencintainya. Aku berusaha melakukan yang terbaik. Tapi perempuan itu melakukan semua kebaikan yang mampu dia lakukan untukku. Sampai aku hampir tak pernah merasakan bahawa kulit hitam dan wajah jeleknya itu dalam kehidupanku. Yang aku rasakan adalah ketenangan jiwa yang melupakan aku pada fizikalnya.”

Begitulah cinta ketika ia terurai menjadi perbuatan. Ukuran sebenar cinta adalah ketika ia bersemi di dalam hati…berkembang dalam kata… terurai dalam perbuatan…Kalau hanya berhenti dalam hati, itu cinta yang lemah dan tidak berdaya. Kalau hanya berhenti dalam kata, itu cinta yang disertai dengan kepalsuan dan tidak nyata… Kalau cinta sudah terurai jadi perbuatan, cinta itu sempurna seperti pohon; akarnya terhunjam dalam hati, batangnya tegak dalam kata, buahnya berjuntai dalam perbuatan. Persis seperti iman, terpatri dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal.

Semakin dalam kita merenungi makna cinta, semakin kita temukan fakta besar ini, bahawa cinta hanya kuat ketika ia datang dari peribadi yang kuat. Cinta adalah keinginan baik kepada orang yang kita cintai yang harus disemai setiap saat sepanjang hidup bersama.
Rahsia dari sebuah hubungan yang berjaya bertahan dalam waktu lama adalah bukti cinta terus menerus. Yang dilakukan para pecinta sejati di sini adalah memberi tanpa henti. Hubungan bertahan lama bukan kerana perasaan cinta yang bersemi di dalam hati, tapi kerana kebaikan tiada henti yang dilahirkan oleh perasaan cinta itu.
Seperti lelaki itu, yang terus membahagiakan isterinya dan terus memutuskan untuk mencintainya. Dan isterinya, yang terus menerus melahirkan kebajikan dari cinta tanpa henti. Cinta yang tidak terurai jadi perbuatan adalah jawapan atas angka² perceraian yang semakin meningkat dalam masyarakat kita.

“Jika kita memiliki kesempatan utk menjadi seseorang yg LUAR BIASA, Kenapa kita memilih untuk menjadi biasa-biasa saja? Bukankah hidup ini hanya sekali saja? Pastikan diri kita BERGUNA untuk orang banyak.”

Hadapi Semuanya Dengan Senyuman,Biar Apapun Yang Terjadi

Saya Belajar - Apa yang saya anggap terbaik, belum tentu yang terbaik dariNya. Dan sebaliknya, yang terbaik dari-Nya belum tentu kita senangi. Teruslah bersyukur kepada-Nya atas semua nikmat dan kurnia-Nya. Manusia hanya dapat terus berdoa dan berusaha untuk mendapat yang terbaik dari-Nya

Saya belajar - Seberat apa pun cubaan yang diberikan olehNya, pada akhirnya akan membuat kita menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dan berguna. Syukurilah seluruh anugerahNya dengan hati ikhlas dan tulus.

Saya belajar - Bahawa kedewasaan itu lebih berkaitan dengan berapa banyak pengalaman yang kita miliki dan apa yang kita pelajari dari pengalaman tersebut, dan kurang berkaitan dengan telah berapa tahun usia kita.

Saya belajar - Walaupun kita berfikir tidak ada lagi yang dapat kita berikan dan lakukan, ketika seorang teman kesusahan dan memerlukan kita, kita akan selalu menemukan kekuatan dan jalan untuk terus menolong.

Saya belajar - Jangan membandingkan diri sendiri dan kesusahan kita dengan orang lain.

Saya belajar - Bahwa latar belakang dan lingkungan mempengaruhi peribadi saya, tapi kita tetap bertanggungjawab dan menentukan masa depan kita sendiri.

Saya belajar - Bahawa saya harus bertanggungjawab atas apa yang telah saya lakukan, tidak peduli bagaimana perasaan kita.

Saya relajar - Bahawa saya punya hak untuk marah, tetapi itu bukan bererti saya dapat berlaku sesuka hati saya tanpa memikirkan orang lain.

Saya belajar - Bahawa saya harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya…

Saya belajar - Bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki, tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya.. ..

Saya belajar - Jangan menilai orang dari penampilannya saja, itu boleh menipu. Bicara dan kenalilah orang tersebut lebih mendalam. Setiap orang memiliki kelebihan dan kebaikannya masing² meskipun tidak ada orang yang sempurna di dunia.

Saya belajar - Di saat susah lebih terlihat mana teman sejati dan bukan.

Saya belajar - Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda yang sama, tapi memandang dari sudut yang berbeza….

Saya belajar - Bahawa saya tidak dapat merubah orang yang saya sayangi, tapi semua Itu tergantung dari diri mereka sendiri

Saya belajar - Bahawa perlukanwaktu bertahun² untuk membina kepercayaan dan hanya beberapa saat saja untuk menghancurkannya.

Saya belajar - Bahawa tidak berapa beratnya patah hati itu, dunia tidak pernah berhenti hanya gara-gara kesedihan saya…

Saya belajar - Hanya kerana 2 orang berbeza pendapat dan tidak kelihatan mesra, bukan bererti mereka tidak saling menyayangi, mencintai dan setia. Dan hanya kerana mereka selalu sependapat dan kelihatan mesra, bukan bererti mereka selalu saling menyayangi, mencintai dan saling setia.

Saya belajar- Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh. Malah kadang² boleh melahirkan cinta sejati…

Saya belajar - Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang saya inginkan, bukan bererti bahawa dia tidak menyayangi saya.

Saya belajar - Bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain menyayangi saya. Saya hanya dapat menunjukkan dan melakukan sesuatu untuk orang yang saya sayangi, selanjutnya terserah mereka.

Khamis, 16 Oktober 2008

Akhirnya

Akhirnya..tercapai jugak hasrat ingin membina blog sendiri. Hai..mcm bgs sgt jer.. X delah aku ni sebenarnya bukannya rajin sgt mengadap teknologi2 mcm nie. Tapi bilamana tgk rakan2 blogger meletakkan info2 mereka teruja lah jugak..Bukannya aper perkongsian ilmu dalam menjana pengetahuan bersama2..He..mcm best jer ayat..Ok lah ini bru permulaan nnt boleh make up sikit2 kasik dia variasi sikit..