Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Rabu, 29 Oktober 2008

DI DALAM KESULITAN ADA KEBAHAGIAAN

Hati akan terasa sakit bilamana apa yang kita inginkan tidak tercapai. Pada ketika itu mulalah menuding jari pada orang sekeliling kita bahawa dialah penyebab kepada kegagalan kita. Astaghfirullah, mari kita cuba muhasabah diri dan lihatlah diri dahulu sebelum melihat orang lain. Jari yang menuding hanyalah satu tapi jari yang menghala kita ada ada berapa banyak.Kira sendirilah yek...Itulah betapa lengkapnya ciptaan Allah tiada cacat celanya..

Kadangkala hati yang tengah marah,kecewa dan putus asa menyebabkan kadangkala kita tak dapat berfikiran dengan waras. Kerana dikala itu, syaitan menyimbah hati kita dengan pelbagai racun supaya bertambah maraknya perasaan kita. Mari kita fikirkan sejenak. Sahabat saya pernah berkata setiap yang berlaku tidak ada yang kebetulan kerana semuanya adalah berada dalam perancanganNya. Adalah menjadi sesuatu yang amat kita sukai bilamana segala hasrat kita tercapai. Rasa hati berbunga-bunga bila dapat apa yang kita nak. Mau saja dikongsi kepada semua org. Tetapi bilama kita tidak mendapat apa yang kita inginkan kenapa harus bersedih hati. Tidak salah untuk rasa kecewa tapi bangkitlah!..Mungkin ia tidak kita perolehnya sekarang tetapi boleh jadi ia akan menjadi milik kita suatu hari nanti. Bersabarlah. Tiada salahnya untuk bersabar seketika. Boleh jadi sekiranya kita memperolehnya sekarang akan menjadikan kita lupa diri atau sebaliknya..Ingatlah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..Kita sebagai hambanya harus berusaha dan jangan lupa juga meminta kepadaNya. Mintalah kepadaNya apa yang terbaik buat diri kita. Adakah sekiranya perkara ini adalah terbaik buat diri kita yang akan menjadikan dekatnya kita kepadaNya mudahkanlah tetapi sekiranya ia akan memberikan mudarat kepda kita dan agama kita hindarkanlah dan berikan yang lain dan terbaik mengikut kesesuaian dan kemampuan dengan kita. Ingatlah,Allah akan memberi ujian kepada siapa yang layak untuk menerimaNya dan mampu menempuhnya. Dia tidak pernah menzalimi diri hambaNya tapi sebenarnya kitalah yang selalu menzalimi diri kita. Keinginan kita yang terhalang hanyalah sedikit berbanding dengan nikmat yang telah dilimpahkanNya kepada kita.

Allah penuh dengan sifat kasih sayang. Kadangkala kita yang tidak pernah merasa Dia dalam diri kita. Muhasabah diri kita..kadangkala musibah itu adalah teguran sayang daripada Allah. Kerana dia ingin mengembalikan diri kita kepadaNya. Dia ingin membentuk diri kita agar kita dapat melayari kehidupan dengan acuanNya. Bukalah mata kita bukan dengan melihat sahaja tapi merasanya di dalam hati.Mintalah kekuatan kepadanya agar kita bisa menempuhinya.Bilamana kita boleh bertahan dan melepasi setiap ujianNya barulah kita mengetahui betapa manisnya pengalaman yang lalu walaupun susahnya hanya kita saja yg tahu. Sebenarnya apa yang kita hadapi sekarang ini adalah untuk kita membawanya pada destinasi kehidupan kita seterusnya. Janganlah melihat pada apa yang musibah yang menimpa tapi lihatlah apa hikmah di dalam kesulitan kita..

Sekiranya kita sentiasa menghadapi perkara yang sama sahaja,maksudnya kita harus berubah. Berhenti daripada berfikir yang buruk.Aturlah langkah dengan meminta bimbingan daripadaNya agar kita kita tidak tersilap lagi. Tidak salah untuk belajar daripada kesilapan. Kerana disitulah terdapat pelbagai jawapan. Dan janganlah berhenti untuk meminta semoga Allah akan pertemukan kita dengan jalan bagi penyelesaian masalah dan dapat mengurai segala kekusutan kita. Kita akan memperoleh apa yang kita hajati Cuma cepat atau lambat sahaja dan Dia lebih mengetahui segala yang terbaik buat hambaNya.

“ PENGALAMAN LALU MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN YANG PENUH BERMAKNA YANG AKAN MEMATANGKAN KITA DALAM MENEMPUH KEHIDUPAN YANG BELUM PASTI PADA MASA AKAN DATANG”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan