Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Khamis, 20 November 2008

The Gift

Oklah sajer nak share satu sajak yg sangat bermakna bagi saya. Sajak nie adalah hadiah bagi sahabat baik saya dan ia sungguh keep in touch. Bila saya melihat sajak nie, saya sangat teringatkan sahabat saya. Terima kasih wahai sahabatku kerana kehadiranmu adalah anugerah dari Allah untukku...
I asked for strength
and Allah gave difficulties to make me strong

I asked for wisdom
and Allah gave me problem to solve

I asked for prosperity
and Allah gave me a brain and strength to work

I asked for courage
and Allah gave me a danger to overcome

I asked for love
and Allah gave me troubled people for help

I asked for favour
and Allah gave me opportunities

I received nothing I wanted
I received everything I needed

My prayer has been answered

As-syahid Hasan Al Bana

Selasa, 18 November 2008

Personaliti Mengikut Tarikh Lahir

Sudah lama rasanya tak update blog nie..Kekangan masa membuatkan saya tak sempat untuk mencari bahan. Pagi tadi selak2 dalam internet dan saya rasa topik nie agak menarik sikit iaitu Personaliti mengikut Tarikh Lahir. Mungkin sebelum nie kita selalu baca personaliti mengikut bulan mengikut kajian Dr Fadzilah Kamsah, so apa kata kita jenguk sekejap sebuah kajian berdasarkan perkiraan tarikh lahir. Ini mungkin hanya sekadar kajian tapi mungkin kita boleh mengambilnya sebagai meningkatkan potensi diri...
Contoh:

12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

Hadir dengan idea baru.Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari ialah Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

Dilahirkan sebagai diplomat.Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.Mereka tidak suka bersendirian.Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.Mereka sangat popular dan idealistik. Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif

Golongan ini sangat peka dan tradisional.Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

Mereka adalah perintis.Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.Mereka suka seni musik.Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia.Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

Golongan ini adalah penyelesaian masalah.Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon

Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.Mereka sangat penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Jumaat, 14 November 2008

Family Day Titan 08

Blog member2 semuanya dah posting rakaman mereka sepanjang Family Day..Rata2 komen mereka family day kali nie antara yg paling best. Yelah sebelum2 nie, family day buat kat stadiun dan games kebanyakannya terhad. Kali nie buat Danga Bay..He..faham2 je lah kat Danga Bay yg ala fun fair tue..Tergambar keseronokan di wajah kanak2..Bukan selalu pergi Danga Bay..Kalau pergi pun biasanya main 2-3 game jer..Kali nie mereka boleh main semua..Pilih jer mana yg sesuai..Walaupun hari terasa bahang panas teriknya matahari tapi layan jer..Yg aku nie baru balik kejer malam pun terus pergi kononnya nak sampai sebelum cabutan bertuah grand prize. Tapi x der rezeki..Sempat lah buat shoot utk kenangan kawan2 aku..


Dengan senior, K Suriati..Dulu masa mula2 masuk org kata kami mcm kembar.. Ada sama ka?..



He..macam kenal jer kat belakang binatang tue... Itulah dayang first batch wanita yg kejer kat plant Titan..tapi sekarang dah tukar department dah..



Pandai nyer adik kita berposing macam model..hehe..mesti selalu berlatih depan kamera nie..


Pegang Peanat jagn tak pegang klu tercampak pun, hehe..ramai kat bawah tu yg nak sambut.. jgn marah..



Kalau nak kenal, ni lah ayah Alya(Rosmaini)..Ayah Alya nie temankan Alya naik kuda..hehe sebenornya Alya bukannya nak naik sangat tapi ayah yang ajak naik. Agaknya ayah Alya nie teringatkan masa dulu2 kot naik kuda Fun Fair..

Tips Kejutkan Org Bangun Tido

Ok, tips nie aku dapat daripada member2 sekerja. Tempat kejer aku tu ramai orang2 lama so diorang banyak jugak mencurahkan pengalaman mereka kat kami semua. Actually ramai yg mengeluh pagi2 nak mengejutkan orang supaya bangun pagi. Kawan aku cakap kalau nak suruh cepat diorang nie bangun, sebut nama penuh mereka dan tekan ibujari kaki kanan. Mesti bingkas mereka bangun ataupun mudah sikit utk bangun. Logiknya biasanya kita nie memang alert bila org panggil dengan nama penuh kan..Senang kata kita panggil roh kita cepat masuk dalam badan..Em..aku pun tak pernah cuba tapi bagi mereka yg pagi2 kene kejutkan org boleh mencuba tips nie..

Isnin, 10 November 2008

Bismillah.

"Dah baca bismillah ke belum nie," ujar seorg ibu kepada anaknya. Itulah antara situasi yg sering saya dengar. Ibu sering kali mengingatkan anaknya. Kalau tak baca bismillah nanti syaitan makan sekali. He..budak2 memang pantang perkataan syaitan. Sebab di kepalanya syaitan tu momok atau pocong dlm citer hantu yang sering mereka lihat..Actually, saya ada satu perkara yg ingin dikongsi bersama. Saya perolehnya dpd ceramah Dr Fadzilah Kamsah. Katanya bilamana kita nak masuk rumah bacalah bismillah 3 kali bersama ucapan salam. Lebih baik lagi di tambah dengan doa masuk rumah.Sekiranya kita tak hafal doa tu bacalah ayat kursi ker..hehe panjang sangat ek.Lamanyer nak masuk rumah nie.Kerana di pintu rumah ada syaitan yg mmg akan standby. Fungsinya adalah untuk memecahbelahkan ahli rumah tersebut. Bilamana kita tak baca doa, syaitan nie akan bertenggeklah di bahu kita. Itu yg kadangkala orang yg melihat kita asyik nak marah jer. Ataupun kita lihat org rasa panas jer. Sebabnyer ada benda di bahu kita. Lebih2 lagi mereka yg ada anak kecil. Kalau boleh bagitau pada ahli rumah kita yg lain supaya dapat diamalkan.
Lagi satu saya nak promo satu VCD kanak-kanak mengenai doa harian. VCD nie menunjukkan doa-doa seharian dan penyampaiannya sangat menarik dan berkesan.VCD ni harganya RM 19 jer. Siapa yg berminat boleh hubungi saya. Stok sangat terhad.

Jumaat, 7 November 2008

Training


5hb baru2 nie aku ada training “PPE,Confined Space&LEL” di Titan Petchem,Tanjung Langsat. Dalam hati training lagi. Time offday plak tue..ok lah, pagi tu pun aku bersiap dengan malasnyer.. trainer pagi tue En Rosli, safety supervisor. Hei..nasib baik dia punya speech best.. aku tak der lah mengantuk sangat sebabnyer dia banyak kepada praktikal on field. Seronok gak dengar.. tapi boleh budak2 aku cakap aku tido..diorang nie tak Nampak ke aku khusyuk dengar.. haha sebab khusyuk yg Nampak macam tersengguk2..he..ok lah tue..bila masuk bab confined space memang macam2 term lah yg aku dengar. Walaupun dept aku mmg x involved job macam nie,tapi aku suka jugak dengar apa yg aku tak tahu..interesting to know on what u dunno. So bila bab Tanya soalan, hati aku teringin sgt nk tnya. Yelah en Rosli asyik sebut pasal SCBA. So aku Tanya apa maksudnyer..iskh..boleh bdk2 lab aku gelakkan aku. Diorg cakap teringin nak masuk operation ker nak tahu sgt.. x der lah hati sampai ke situ tapi sajer jer lah tahu ape ke benda alahnya. SCBA tu rupanya alat pernafasan bila nak masuk confined space. Betul ker kawan..kalau tak silap aku lah.. nanti betulkan lah kalau salah.

Hah..itu bab confined space. Bila masuk PPE section respirator, en Khamis yg buat presentation. Dia kata healthy nie lagi penting daripada safety. Di Jerman mereka menggunakan slogan tue.Sebab kalau kita sihat barulah boleh bekerja dengan selamat. Pada aku, dua2 nyer penting kene jalan sekata. Ok lah, respirator nie di gunakan untuk mengelakkan kita dpd terhidu gas HC,H2S, klorin cam tu lah. Itu pun base on filter yg kita guna. So, en Khamis nie tanyalah pada kami semua saper yg pernah training respirator.he..masing2 mmg tak ngaku sebab en Khamis nak srh ke depan tunjukkan caranyer. Kami duk menunjuk lah saper2. Sebab dah tak der volunteer, en Khamis sebut lah nama Fadhil. Si Fadhil nie pun bgn lah dengan terpinga2..bdk2 nie pun gelak la. En Khamis Tanya pernah ker training respirator. Agaknya apa yg ada kat kepala si Fadhil utk menyelamatkan diri dia cakaplah x tahu sebab dia budak baru.. hah.. apa lagi memang gamat lah bilik tue.. yg tak tahan tue dia boleh menjawab dengan muka yg inert dan selamba sekali. Kesian en Khamis caya pulak tue.. aku pun memang x sangka tindakan respond Fadhil cam tue..hai..mcm2 hal..Itulah serba sedikit kisah training pd hari tue.. Tapi pada hari tue, byk ilmu2 baru yg aku dapat. Alhamdulillah bertambah lagi ilmu. Anyway thanks to En Rosli dan En Khamis...

Anak oh Anak


Seperti biasa bila drive aku akan buka radio. Channel ikim tu dah memang tersedia buka so aku layan jer lah. Waktu ptg biasanya channel tu byk forum jer. Discussion tu pun macam dah pertengahan so aku tak tahulah apa tajuknya. Apa yg aku boleh amik sikit dpd situ perbincangan lebih kepada perancangan anak2 waktu cuti sekolah. Penceramah tu mencadangkan agar anak2 pada waktu nie diletakkan pada program2 perkhemahan agar masa mereka digunakan utk perkara yg berfaedah. Lagipun sekarang nie, aku tgk memang banyak la program perkhemahan cthnya kem solat,kem bina diri lah semuanya ader. Mak bapak Cuma sedia duit jer lah.

Tambah penceramah tu lagi anak2 sekarang memang bijak2 belaka. Mereka jenis yg suka explore dan bertanya. So, parents sekarang haruslah bijak daripada anak2 mereka. Bukannya bijak aper tahu macam mana nak menjawab setiap persoalan mereka. Kalau boleh berikanlah info yg betul . kalau kita dulu boleh jer terima kalau mak ayah kata tak payah tahulah ini hal dewasa. Tapi budak sekarang kalau tak cari kat internet mereka bincang dengan kawan2. Faham2 jer lah kalau dah cari kat internet takut jugak terkeluar benda2 yg bukan2. Maklumat tanpa sempadan lah kata kan. Teringat kawan aku bercerita yg mana anaknya berusia lebih kurang 9-10 thn. Kalau di Johor, sekolah agamanya dah darjah 3& 4. Kalau darjah 4 ni biasanya dah masuk bab munakahat. Munakaht nie ilmu perkahwinan. Hei..saya dulu belajar nie masa dah 12 tahun. So, ustaz mereka tanya pada anak muridnya, saya mengagak mungkin topic mandi wajib:
“Siapa tahu mani”
Ada sorang pelajar menyahut, “duit ustaz”.
“Siapa tahu pasal haid”
Budak nie pun cakap,”kepala ustaz”.
Kawan kami yg menceritakan semula pada kami nie pun ketawa terbahak2. Yelah, jawapan budak2 memanglah macam tue. Betullah klu translation kepada English. Tu lah ketawa-ketawa jugak. Tapi kalaulah anak kecil bertanya saya soalan tu macam mana saya nak jawab pada mereka...
“Bersedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan”

Khamis, 6 November 2008

Terima Kasih

Terima kasih cikgu..
Em..itulah ucapan anak murid selepas kelas. Comel jer dengar kadangkala mendayu-dayu dan meleret2. Ucapan terima kasih mudah utk disebut tapi kadangkala sukarnya utk melafazkan. Saya pernah ditegur oleh seorg sahabat
“susahnya nak dengar zatul ucap terima kasih”.. terkedu aku sebentar.
Aik..terfikir2 aku bila masa aku tak ucap terima kasih
“Yelah kita dah masak, tolong kemas rumah, tolong hantar awak. Tak der pun cakap terima kasih.”
“Oh..bende mcm tu pun kene cakap ker”.
“Yelah..itu maknanya awak menghargai saya”.

Itulah sahabat saya, Raihan yg sentiasa mengkritik saya. Pada mulanya memang susah untuk menerimanya. Biasanya saya akan membidas ingin mengetahui respond drpnya . Maka dia akan mengeluarkan hujahnya. Terima kasih Raihan,kerana bebelanmu dan kata2mu sentiasa terngiang2 di telingaku. Mungkin jika dia tidak menegur saya mungkin saya masih lagi dengan perangai lama saya...

Tapi,sukar ker nak ucap terima kasih. Memang sukar bagi yang tak biasa. Memang sukar lebih2 lagi org yg terapat dengan kita lebih2 lagi dengan ibu kita, anak2 kita, pasangan kita. Kita rasa alah tak payah lah nak terasa benda macam nie. Sempoi jer lah.. Tapi, tahukah kita betapa bahagianya hati org yg bilamana kita mengucapkan terima kasih kepada dia. Bilamana si suami mengucapkan terima kasih kepada isteri kerana menghidangkan makanan yg sedap, sejuk hati isteri. Hilang rasanya penatnya yg seharian tak habis2 menyiapkan kerja rumah tue.Hanya kerana terima kasih. Kalau tak caya, cubalah dan ucapkanlah pada org2 yg anda sayangi atau org di sekeliling anda... Pasti ada bezanya pada penerimanya.. So, kenapa tidak mulakan hari nie!!!

“Sayangilah org yang menyayangi diri kita”

Kisah Amy Search


Lepas selesai buat kejer, tak tahu nak buat aper. lagipun hari nie kejer malam. Em..apalagi baca majalah lah.Majalah lama2, sambil membelek2 mana satu nak baca terjumpa plak cover page family Amy Search. Oh..gambar terbaru mereka. Nampak menarik dan bacalah kejap kandungannya.Tajuknya :”Amy dan Norish Tatkala Mencium Kaabah”. Cerita mereka sangat menginsafkan. Teringat kata2 ustaz Uda di dalam ceramahnya ‘ Sesungguhnya Allah memberikan kebaikan kepada sesiapa yang Dia mahu’. Begitulah apa yg aku boleh simpulkan di sini. Faham jelah dunia selebriti terlalu banyak rencamnya. Kata beliau sebelum beliau ingin menunaikan haji, hatinya juga bercampur baur. Mana taknya kita selalu dimomokan gi sana bakal mendapat balasan di tanah suci, lebih2 lagi org seni spt beliau. Tapi hatinya dikuatkan dengan pesanan dpd ibunya bhw sbg insan mmg tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan dan tiada siapa yg sempurna kerana yg penting adalah hati.
Begitulah beliau pasrah dan redha segala kemungkinan. Hatinya telah bulat kerana beliau ingin menjadi tetamu Allah. Alhamdulillah, sepanjang beliau berada di sana segalanya berjalan dengan lancar. Ujarnya ketika beliau ingin mendaki Gua Hira’, beliau terdengar suaranya berdesing di telinganya menyanyikan lagu “Mentari di Ufuk Timur” . kalau di dengar lagu tersebut memang agak touching skit liriknya. Begitulah beliau juga tidak terlepas daripada pandangan org luar yg tidak mempercayai perubahan mereka sekeluarga. Kita doakanlah kebahagiaan mereka.Kini mereka sudahpun membuka sebuah restoran Cheng Ho di Wangsa Maju.The latest mereka bercadang ingin membuka pusat tahfiz yg bernilai RM 3 juta di Johor. Begitulah murahnya rezeki beliau.Allah tidak pernah melihat siapa kita sebelumnya,namun sekiranya kita ikhlas untuk berubah, jalan itu sentiasa ada. Wasalam....

Amy Search sedang menerangkan perancangan beliau utk membuka pusat Tahfiz pada Tuan Guru di restoran beliau

Rabu, 5 November 2008

Cikgu Sekolah Mana


“Cikgu sekolah mana”.
“Eh, tak delah cik saya kerje kilang jer”
Em..itulah antara teguran2 org bilamana aku ke mana2.. Terpaksa aku membetulkan kembali sangkaan mereka kepada aku. Mereka memang tak percaya aku kerje kilang, he..minah kilang. Iskh..tak de gaya ker aku nie minah kilang. Entahlah persepsi org berbeza2. Aku ni bukan cikgu sekolah tapi adalah pengalaman sikit mengajar tuisyen lebih kurang 3 tahun. Itulah, mengajar sikit2 untuk mengisi masa lapang di samping untuk refresh kembali ilmu2 dulu. Sambil tu bolehlah menyelami serba sedikit jiwa anak2 sekarang. Sebab zaman dah berubah terlalu banyak perbezaannya.

Cerita bab mengajar nie, bukanlah satu tugas yang mudah sebenarnyer. Banyak benda kene sacrifice. Alhamdulillah, aku ramai guru rujukan bilamana terdapat kekeliruan utk mengajar. Tapi kalau boleh janganllah menjadikan profesion perguruan sebagai batu loncatan. Batu loncatan utk dapat kejer gomen.Sebab guru nie bukan sekadar mengajar tapi mendidik.Teringat kawan saya ( K Suzie)katanya, “ dunia dah nak akhir zaman,kenelah cari kejer yang boleh mendapat pahala yang berterusan”. Tersentuh mendengarnya.
Itulah cumanya setiap daripada kita mempunyai sumbangannya masing2. Caranya berbeza tetapi menuju matlamat yang sama. Insyaallah..

Jauh tapi Dekat

Cuti baru nie, aku g jalan2 di Shah Alam. Sajer jer nak jumpa kawan2 lama. Lama jugak lah tak jumpa mereka lebih kurang setahun lebih. Memang tak bagitau diorang pun,he..sajer jer lah nak surprise kat diorang. Masa tu just inform Raihan bekas housemate, so tidur lah bermalam di rumah dia. Walaupun dah setahun lebih macam2 perubahan dan cerita aku dengar.Kini, beberapa org kawanku bekerja dengan PA Yang Berhormat banyak jugak lah info mengenai politik di sekitar sana. Mereka berceritalah serba sedikit selepas PKR menang di kawasan Selangor.Terasa sayu mendengar kesungguhan pimpinan2 di sana dalam melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat.Oklah, kita close citer nie. Em..bila sampai Shah Alam tekak aku ni memang teringin sangat nak makan pisang goring kat Sek 19(dekat dgn komuter). Memang sedap la dan org pun sanggup beratur panjang untuk membelinyer. Itulah penangan pisang goring Azmi(kalau tak silap la,macam ingat2 lupa dah lama tak gi) . Pada malam Sabtu tu,kami celebrate birthday member 2 org. Kalau gi sini, x sah rasanya kalau tak g shopping baju (he..biasalah perempuan) sebab baju kat sini memang cantik2. Boleh kelabu mata jugak lah dan fesyennya pun up to date.ok lah, sedikit gambar bersama rakan2 di sana.


Inilah K Nur dan Raihan bersama anaknya Wafa.Antara org yang paling rapat dengan aku.Terlalu banyak peristiwa kami bersama. Yang setia mendengar dan memberi nasihat.


Kami celebrate birthday K diana(tudung coklat)dan K Lin(tdg biru,sebelah aku). 2 org sahabat yang sentiasa bersama. He..bak kata di mana ada K diana pasti ada K Lin. Kami hanya makan dominos pizza sahaja masing2 tak sempat beli kek.



Majlis kami dimeriahkan lagi dengan jemputan kad kahwin Fara(tgh amik gambar) dan K Ayus(tdg biru),2 org adik beradik.

Ahad, 2 November 2008

Lain dari Yang Lain


Cuti sekolah dah tak berapa lama lagi means biasanya time macam nie adalah waktu2 majlis kahwin. Em..aku ni pun dah banyak terima kad kahwin kawan2..Kene alert nie, takut ada yang terlepas pandang. Kalau tak dapat gi kirim jer lah gift dengan kawan2 yg gi nanti. Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, pastinya sibuk menghitung hari. Bukannya aper duk piker aper lagi persiapan yang perlu dilengkapkan. Takut2 ada perkara penting yang terlepas pandang. Mengenai hantaran kahwin, kad jemputan dan segala seginya. Bab cerita hantaran kahwin nie, aku pernah tengok iklan takaful Malaysia yang mana pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin (kalau tak silap) atau hantaran dengan satu sijil premium takaful. Em..satu benda yang lain dari lain. Rasanya lagi penting daripada barang2 lain kot. Ye lah, si suami awal2 lagi telah menyediakan contingency plan untuk pasangannya. Why not, sesekali mengubah selera dan berbeza sikit dari yg lain. Berbeza tapi penting dan bermanfaat. Lagipun, kitapun tak tahukan apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kalau tengok system plan insurans sekarang pun mereka ada sertakan sekali dengan simpanan. Berbaloi jugak kan.. So, apa lagi kawan..Mau fikir lagi ker..he..(promote sikit).