Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Rabu, 5 November 2008

Jauh tapi Dekat

Cuti baru nie, aku g jalan2 di Shah Alam. Sajer jer nak jumpa kawan2 lama. Lama jugak lah tak jumpa mereka lebih kurang setahun lebih. Memang tak bagitau diorang pun,he..sajer jer lah nak surprise kat diorang. Masa tu just inform Raihan bekas housemate, so tidur lah bermalam di rumah dia. Walaupun dah setahun lebih macam2 perubahan dan cerita aku dengar.Kini, beberapa org kawanku bekerja dengan PA Yang Berhormat banyak jugak lah info mengenai politik di sekitar sana. Mereka berceritalah serba sedikit selepas PKR menang di kawasan Selangor.Terasa sayu mendengar kesungguhan pimpinan2 di sana dalam melaksanakan tanggungjawab untuk rakyat.Oklah, kita close citer nie. Em..bila sampai Shah Alam tekak aku ni memang teringin sangat nak makan pisang goring kat Sek 19(dekat dgn komuter). Memang sedap la dan org pun sanggup beratur panjang untuk membelinyer. Itulah penangan pisang goring Azmi(kalau tak silap la,macam ingat2 lupa dah lama tak gi) . Pada malam Sabtu tu,kami celebrate birthday member 2 org. Kalau gi sini, x sah rasanya kalau tak g shopping baju (he..biasalah perempuan) sebab baju kat sini memang cantik2. Boleh kelabu mata jugak lah dan fesyennya pun up to date.ok lah, sedikit gambar bersama rakan2 di sana.


Inilah K Nur dan Raihan bersama anaknya Wafa.Antara org yang paling rapat dengan aku.Terlalu banyak peristiwa kami bersama. Yang setia mendengar dan memberi nasihat.


Kami celebrate birthday K diana(tudung coklat)dan K Lin(tdg biru,sebelah aku). 2 org sahabat yang sentiasa bersama. He..bak kata di mana ada K diana pasti ada K Lin. Kami hanya makan dominos pizza sahaja masing2 tak sempat beli kek.



Majlis kami dimeriahkan lagi dengan jemputan kad kahwin Fara(tgh amik gambar) dan K Ayus(tdg biru),2 org adik beradik.

2 ulasan:

  1. Terimakasih dik sebab sudi singgah ke pejabat akak.Terubat rindu.

    Mata Wafa terbelalak...Raihan cubit ana dia tuuu..:))

    BalasPadam
  2. haha..mata dia mata spotlight. memang comel sangat...itulah k nor rindu sangat dengan sahabat2 di sana

    BalasPadam