Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Khamis, 6 November 2008

Kisah Amy Search


Lepas selesai buat kejer, tak tahu nak buat aper. lagipun hari nie kejer malam. Em..apalagi baca majalah lah.Majalah lama2, sambil membelek2 mana satu nak baca terjumpa plak cover page family Amy Search. Oh..gambar terbaru mereka. Nampak menarik dan bacalah kejap kandungannya.Tajuknya :”Amy dan Norish Tatkala Mencium Kaabah”. Cerita mereka sangat menginsafkan. Teringat kata2 ustaz Uda di dalam ceramahnya ‘ Sesungguhnya Allah memberikan kebaikan kepada sesiapa yang Dia mahu’. Begitulah apa yg aku boleh simpulkan di sini. Faham jelah dunia selebriti terlalu banyak rencamnya. Kata beliau sebelum beliau ingin menunaikan haji, hatinya juga bercampur baur. Mana taknya kita selalu dimomokan gi sana bakal mendapat balasan di tanah suci, lebih2 lagi org seni spt beliau. Tapi hatinya dikuatkan dengan pesanan dpd ibunya bhw sbg insan mmg tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan dan tiada siapa yg sempurna kerana yg penting adalah hati.
Begitulah beliau pasrah dan redha segala kemungkinan. Hatinya telah bulat kerana beliau ingin menjadi tetamu Allah. Alhamdulillah, sepanjang beliau berada di sana segalanya berjalan dengan lancar. Ujarnya ketika beliau ingin mendaki Gua Hira’, beliau terdengar suaranya berdesing di telinganya menyanyikan lagu “Mentari di Ufuk Timur” . kalau di dengar lagu tersebut memang agak touching skit liriknya. Begitulah beliau juga tidak terlepas daripada pandangan org luar yg tidak mempercayai perubahan mereka sekeluarga. Kita doakanlah kebahagiaan mereka.Kini mereka sudahpun membuka sebuah restoran Cheng Ho di Wangsa Maju.The latest mereka bercadang ingin membuka pusat tahfiz yg bernilai RM 3 juta di Johor. Begitulah murahnya rezeki beliau.Allah tidak pernah melihat siapa kita sebelumnya,namun sekiranya kita ikhlas untuk berubah, jalan itu sentiasa ada. Wasalam....

Amy Search sedang menerangkan perancangan beliau utk membuka pusat Tahfiz pada Tuan Guru di restoran beliau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan