Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Jumaat, 7 November 2008

Anak oh Anak


Seperti biasa bila drive aku akan buka radio. Channel ikim tu dah memang tersedia buka so aku layan jer lah. Waktu ptg biasanya channel tu byk forum jer. Discussion tu pun macam dah pertengahan so aku tak tahulah apa tajuknya. Apa yg aku boleh amik sikit dpd situ perbincangan lebih kepada perancangan anak2 waktu cuti sekolah. Penceramah tu mencadangkan agar anak2 pada waktu nie diletakkan pada program2 perkhemahan agar masa mereka digunakan utk perkara yg berfaedah. Lagipun sekarang nie, aku tgk memang banyak la program perkhemahan cthnya kem solat,kem bina diri lah semuanya ader. Mak bapak Cuma sedia duit jer lah.

Tambah penceramah tu lagi anak2 sekarang memang bijak2 belaka. Mereka jenis yg suka explore dan bertanya. So, parents sekarang haruslah bijak daripada anak2 mereka. Bukannya bijak aper tahu macam mana nak menjawab setiap persoalan mereka. Kalau boleh berikanlah info yg betul . kalau kita dulu boleh jer terima kalau mak ayah kata tak payah tahulah ini hal dewasa. Tapi budak sekarang kalau tak cari kat internet mereka bincang dengan kawan2. Faham2 jer lah kalau dah cari kat internet takut jugak terkeluar benda2 yg bukan2. Maklumat tanpa sempadan lah kata kan. Teringat kawan aku bercerita yg mana anaknya berusia lebih kurang 9-10 thn. Kalau di Johor, sekolah agamanya dah darjah 3& 4. Kalau darjah 4 ni biasanya dah masuk bab munakahat. Munakaht nie ilmu perkahwinan. Hei..saya dulu belajar nie masa dah 12 tahun. So, ustaz mereka tanya pada anak muridnya, saya mengagak mungkin topic mandi wajib:
“Siapa tahu mani”
Ada sorang pelajar menyahut, “duit ustaz”.
“Siapa tahu pasal haid”
Budak nie pun cakap,”kepala ustaz”.
Kawan kami yg menceritakan semula pada kami nie pun ketawa terbahak2. Yelah, jawapan budak2 memanglah macam tue. Betullah klu translation kepada English. Tu lah ketawa-ketawa jugak. Tapi kalaulah anak kecil bertanya saya soalan tu macam mana saya nak jawab pada mereka...
“Bersedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan