Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Jumaat, 12 Disember 2008

OPEN YOUR MOUTH...

Oklah, actually tajuk tu sebenarnya aku just nak menceritakan sedikit mengenai kisah anak sahabatku..Almaklumlah, ramai anak macam-macam perangai ader..Di mana kawanku menceritakan gelagat anakya ketika mengikuti English Camp. Bengkel-bengkel sebegini biasanya menjadi pilihan parents untuk melatih,menambah dan mendedahkan anak-anak mereka kepada satu perkara baru. Di samping dapat mengisi masa lapang mereka. Kawan aku nie pun decide untuk menghantar anak-anaknya ke bengkel nie dan rata-rata dpeserta nyer pun sekitar area Johor.
Bila sebut bengkel @ camp, biasanya para peserta tidaklah semata-mata hanya mendengar dan melihat apa yg diberi tetapi mereka digalak untuk practice. Bila nak practice untuk memudahkannya, mereka akan dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang akan dibimbing oleh fasilitator dan akhirnya kene membentangkan setiap tugasan yang diberikan. Di dalam kumpulan mereka akan bercampur ader yang fluent, sederhana dan lemah. Bagi yang tak biasa, mungkin ader sedikit gementar(begitulah yg aku rasa ketika dulu bila present by group) . Ketika membuat presentation di hadapan, setiap ahli kumpulan dikehendaki memperkenalkan diri dalam English. Once dah sampai turn group anak kawan aku..hehe maka bermulalah kisah..Kisah aper nyer?..Mungkin bila dah present ramai2, peluh sejuk dingin dah membasahi tangan di campur pulak dengan degupan jantung yg kencang macam angin taufan. Benda yg biasa kita sebut pun boleh kabur2 asap jadiknyer..Nak jadikan kisahnyer, anak kawan aku tak dapat nak cakap..Walaupun org mengenalinya sebagai byk cakap tapi kat depan tu dia seperti terkunci mulut dan rasa blank. So, biasanya penceramah akan bertanya untuk menggalakkan para peserta bercakap. Penceramah tu pun bertanya , "Please,open your mouth," sambil reaksi menunjuk ke arah mulut..Agak-agaknyer aper respond anak kawan aku nie?.. Jeng..jeng..jeng..Hehe..apalagi dia pun BUKAK LAH MULUT...Em..faham2 ajer lah yek apa yg berlaku dalam dewan tue..kene off record.Itulah bila tindakan luar kawalan..apa yg dirasakan itulah yg dilakukan..Katanya dia mengikut arahan penceramah tu..Memang betul tak salah pun..bila translate bulat-bulat...:)
Em..tapi memang begitulah bila semua perasaan telah berSATU..macam-macam hal boleh berlaku..Pasti semua org mempunyai pengalaman2 macam nie..Tapi just sedikit komen, once kita memberi arahan tidak semestinya semua org boleh faham. Kerana setiap org daya interpretasinya(memBM kan bahasa Inggeris,berbelit lidah nak menyebutnyer) berbeza.

1 ulasan:

  1. sesuatu perkataan/perbuatan mempunyai berbagai sisi pandangan bergantung kepada kefahaman, gitu ye ...

    tiap org berbeza latar belakang, tarap pendidikan dan pengalaman, jadi satu perkara boleh dibincang, di nilai dr berbagai sudut

    BalasPadam