Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Selasa, 9 Disember 2008

BeRheNti MeNCaRi tapi MenJADI

Salam semuanya..Wah, lamanya saya tak update blog nie..sebabnya dah tak der modal nak citer..Oklah, musim cuti sekolah pun tinggal beberapa minggu lagi..Biasanya parents dah sibuk duk mencari barang2 sekolah dan segalanya. Tapi..musim cuti sekolah lagi sinonim dengan musim kahwin..Time nielah kadang2 1 hari sampai 3-4 buah rumah serentak.. Ada tu satu kampung sampai 2 rumah kenduri..Em..hari tue pun mak telefon menyampaikan pesanan jiran depan rumah kat kg, Imam Pak Ajis menjemput gi kenduri kahwin anaknya 14hb nie..Iskh, rasa terharu lak org menjemput kita nie..Biasanya jika tiada aral, insyaallah saya akan mencuba utk menghadirkan setiap jemputan majlis.Walaupun kadangkala terpaksa pergi seorg disebabkan semua member ader kerja insyaallah saya jalan sorang pun boleh jadik g..Pandai-pandailah bawa diri ke tempat org..Tapi hari tue, last day kejer pagi..Macam nak apply cuti tapi cuti pun tinggal sikit..huhu..


Oklah, bagi yg bujang biasanya kalau balik kampung topik hangat yg diorang tanya bila nak kahwin?..Biasanya menjawab dengan tersenyum,"insyaalllah, bila dah sampai masanya nanti adelah"..Nanti kang mereka tanya lagi,"tak der calon lagi ker?"..Jawapan mereka dibalas dengan senyuman sahaja tapi dalam hati,"belum jumpa lagi"...Jawapan2 nie biasanya kene standby dalam kepala sebab malas nak memanjangkan setiap soalan mereka. Actually, saya hanya melihat isu belum kahwin atau kahwin lewat adalah satu benda yg positif. Sekiranya belum berkahwin, pada saya itu adalah satu peluang utk kita berbakti dan berkhidmat pada org2 terdekat dengan kita..Peluang utk saya memperbaiki diri dan berusaha ke arah sesuatu impian yg dihajati..Berpendapat bahawa lakukan sesuatu yg mampu untuk kita capai dan lakukan.. Bukannya tidak risau tetapi kita tak dapat nak menentukan setiap sesuatu utk berlaku..Tanpa tidak menafikan kebaikan dalam sebuah perkahwinan.


Baru-baru nie,saya terbaca satu artikel dalam blog..Di mana beliau mengupas mengenai isu perkahwinan..Rata-rata katanya bila ditanya apakah ciri calon2 pasangan mereka. Biasanya mereka menyenaraikan ciri2 seperti perlukan yang soleh, solehah, beriman,bertanggungjawab dan segala bagainya.Bagaimana kita nak mengukur dan meneropong peribadi seseorang. Susah sebenarnya nak menilai peribadi seseorg..Oleh itu, tidak perlulah kita bersusah payah mengukur dan menilai iman seseorg. Tetapi jadikan dahulu ciri-ciri yang kita inginkan dalam diri kita. Kenalpasti apakah ciri-ciri suami soleh atau isteri solehah kemudian binalah ia dalam diri kita. Insyallah, inilah kaedah yang tepat untuk mendapat calon yang kita inginkan. Mungkin cara ini agak lambat namun pasti ada kelebihan. Kerana segalanya terletak pada diri kita..Oleh itu, sekadar kesimpulan dan renungan pada diri ini,tamatkanlah episod pencarian ciri-ciri soleh solehah itu tetapi berusahalah menjadi ciri soleh solehah pada diri kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan